Ahad, 15 Disember 2013

Ke Satun, Thailand

Aku dan keluargaku tidak melepaskan peluang melawat Satun, Selatan Thailand pada 11 Disember 2013 iaitu hari Rabu.
























Ke Langkawi Disember 2013

Pada 13 Disember 2013 aku dan keluargaku telah pergi ke Langkawi, iaitu pada pagi Jumaat.










Perlis Disember 2013

Pada 9 hingga 14 Disember 2013 aku dan keluargaku telah pergi ke Perlis.

Jumaat, 22 November 2013

Identiti Keluarga





8767 JATI DIRI KELUARGA



KRISS 1999











PROTON WAJA 2004
Telah dijual pada tahun 2008





TOYOTA WISH 2008





PROTON PERSONA 2011









29 Disember 2013






COMING SOON



Kereta sedia ada




Mercedes Benz e250 cgi
Akan menyusul tidak lama lagi

Cuti Penggal Dua 2013

         Mulai 18 November 2013 maka bermulalah cuti penggal dua bagi tahun 2013. Banyak program yang dirancang tetapi ...
        
        Majlis Kenduri kahwin nampaknya dah bermula. Tiap-tiap hujung minggu ada sahaja kad undangan dah diterima.

        Pada 30 November 2013 dan 1 Disember 2013 bertugas sebagai pengadil dalam Kejohanan Sepak Takraw Sport Excel anjuran MSN di Stadium Tertutup Kluang.

         Pada 6, 7 dan 8 Disember bertugas sebagai pengadil sepak takraw di Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Isnin, 4 November 2013

Malam Awal Muharam @ Maal Hijrah

Selepas solat Asar, di surau Parit Senah telah mengadakan bacaan doa akhir tahun.


Ahad, 29 September 2013

Sembang-Sembang Petang

Petang hari minggu 29 September 2013 aku menonton Sepaktakraw (ISTAF) yang berlangsung di Fashion Bangkok Thailand. Amat mendukacitakan regu wanita negara kecundang di tangan Vietnam 2-3. Sebelum itu, pada 28 Sept 2013 regu lelaki negara melangkah ke pentas separuh akhir setelah mengalahkan regu China 2-0. Regu ini terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan regu China. Atas kertas regu China bukan lawan regu negara tetapi sebaliknya, China begitu hebat buat regu negara. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk pembangunan takraw, malangnya hasilnya sungguh menghampakan semua terutamanya peminat TEGAR.

Selasa, 10 September 2013

Ke Perlis

Saban tahun (sekurang-kurangnya dua kali) kami sekeluarga akan ke Perlis untuk menziariahi anak di sana. Terbaru kami ke Perlis pada 7 dan 8 September 2013.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Raya 2013

Hari raya tahun ini disambut dalam suasana seperti tahun-tahun lalu. Hari pertama beraya ke rumah pak cik, mak cik dan adik-beradik. Hari kedua menunggu kumpulan marhaban belia Parit Senah. Hari raya ketiga ke rumah mak cik di Parit Sentang Batu, Parit Sulong.


























Ahad, 19 Mei 2013

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW (PSM)








UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW.


1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang. (Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan)

1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan  sempadan gelanggang  hendaklah di ukur 3.0 m dari  garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.


1.3 Garisan Tengah

Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.



1.4 Garisan Suku Bulatan

Garisan  suku  bulatan  hendaklah  digaris dari  garisan  tepi ke garisan tengah  berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan  garisan  tepi  dengan  garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.



1.5 Bulatan Sepak Mula

Bulatan  sepak  mula  berjejari   0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m   dari   garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari  garisan tengah gelanggang  dan 3.05 m dari garisan  tepi.  Garisan  0.04 m ini hendaklah  diukur  dan  digaris  hala  keluar dan jejarinya 0.3 m.


2. TIANG

2.1 Ketinggian   tiang   ialah   1.55 m   (1.45 m    untuk  wanita)  di ukur  dari  permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh  untuk regangan   jaring. Jejarinya  tidak melebihi 0.04 m.

2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan  garisan  tengah gelanggang.

3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.

3.2 Lebar  jaring  adalah 0.7 m  dan  panjang jaring  tidak  kurang dari 6.10 m  selari dengan garisan tengah gelanggang.

3.3 Di kedua-dua hujung jaring  dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari  atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

3.4 Di  bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m  yang  di perkuat   dengan  benang  atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.

3.5 Ketinggian  jaring  di bahagian  tepi  setelah  diregang   ialah 1.55 m   ( 1.45 m untuk  wanita ),   manakala di bahagian  tengah jaring 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.


4. BOLA TAKRAW

4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan  hendaklah  berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.

4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

4.2.1 Mempunyai 12 lubang.

4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah  diantara 0.41 m hingga  0.43 m untuk   pemain   lelaki  dan  0.42 m  hingga  0.44 m untuk pemain wanita.

4.2.4 Berat  bola  sebelum  dimainkan  di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain  lelaki  dan  150 g  hingga  160 g untuk pemain wanita.

4.3 Bola takraw  boleh mempunyai satu warna,  pelbagai  warna dan  warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau  pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya  tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar  bola  takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum dimainkan  di mana - mana  kejohanan antarabangsa.




4.5 Kejohanan  antarabangsa yang mendapat  restu ISTAF  termasuk  Sukan  Olimpik, Kejohanan  Dunia,  Sukan  Komanwel,  Sukan Asia dan Sukan  SEA hendaklah  menggunakan  bola takraw yang  telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.


5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Setiap perlawanan  dimainkan oleh 2 regu yang mana  setiap  regu  mempunyai  3  orang pemain.

5.2 Salah  seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang  dinamakan “Tekong” (server).

5.3 Dua  orang lagi pemain hendaklah berada  di  hadapan,  seorang  di sebelah kiri  dan seorang   lagi  di sebelah   kanan. Pemain   di  sebelah   kiri   dinamakan  ’Apit Kiri’ manakala  yang berada di sebelah kanan dinamakan ’Apit Kanan’. Kedua-dua pemain dinamakan ’Apit’.


5.4 Kejohanan Berpasukan
5.4.1 Pasukan  hendaklah  mempunyai  tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang.

Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan.

Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.

Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.

5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang  semasa diperkenalkan.

5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan  bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.


5.5 Kejohanan Antara Regu 

5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai  minimum 3 orang pemain  dan  maksimum  5  orang pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua  mesti didaftarkan.

5.5.2 3 orang  pemain   mestilah  berada  di gelanggang  semasa diperkenalkan.

5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak  dibenarkan  bermain  di kejohanan  tersebut  dan dianggap kalah. 

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1 Semua pakaian pemain  hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.

6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.

6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

6.4 Pemain hendaklah memakai  Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak  bertumit tinggi. Pakaian adalah  merupakan  sebahagian  daripada  anggota  badan.  Jersi  / T-Shirt hendaklah  dimasukkan  ke dalam seluar. Sekiranya  cuaca  sejuk, pemain dibenarkan memakai ’track-suits’.

6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang.  Setiap  pemain  hendaklah  memakai  nombor  jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang  sama  untuk  keseluruhan  kejohanan.  

Nombor hendaklah berukuran  19 cm tinggi di bahagian  belakang  dan  berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).

Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen.

Pakaian  pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.

Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.

6.6 Ketua regu hendaklah memakai  ‘Arm Band’ di lengan kiri.

6.7 Mana  -  mana    pakaian    yang    tidak   mempunyai  spesifikasi   yang dinyatakan   di dalam  Undang – Undang  Permainan  ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu.



7. GANTIAN PEMAIN


7.1 Mana-mana  pemain  yang  telah bermain  atau   disenaraikan   sebagai pemain simpanan  dalam mana-mana regu,  tidak   dibenarkan   bermain   dalam  regu  yang  lain di dalam pertandingan yang sama.

7.2 Gantian  pemain  boleh  dibenarkan  pada   bila-bila   masa   dengan    permintaan   Pengurus    Pasukan  /  Jurulatih    Rasmi  kepada  Pengadil  semasa  bola  tidak  di dalam permainan.

7.3 Dalam acara Regu, setiap  regu  boleh  menamakan  maksimum dua (2) orang pemain  simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Dalam acara Berpasukan , setiap  regu  boleh  menamakan maksimum (1) seorang pemain  simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.

Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu sahaja )

Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya,  maka dianggap pertukaran telah dilakukan  untuk set yang baru.

7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan, maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.

7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah. 

7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.




8. UNDIAN DAN WARM-UP


8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan  memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.
8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan ‘Warm-Up’ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.


9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA


9.1 Apabila  permainan  hendak   dimulakan,   semua  pemain   mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam  keadaan bersedia.

9.2 Sebelah  kaki  Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi  kakinya  mestilah  berada  di luar  bulatan  sepak mula untuk menyepak bola.

9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula  mestilah  berada di dalam suku bulatan masing-masing.

9.4 Pemain  regu lawan bebas berada  di mana-mana kawasan didalam petak  gelanggangnya.


10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK  MULA.
10.1    Perlawanan  dikendalikan  oleh  seorang   Pengadil   ( berada   di salah   satu    hujung
Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ),  seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang  garisan gelanggang  sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang  sebelah kanan Pembantu Pengadil. 

Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang.

Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan  berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.





Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.

Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servis akan bertukar pada setiap mata.

Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya.

Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
 
10.2 Campakan  hendaklah  dilakukan  oleh  apit  setelah   Pengadil  mengumumkan mata. Sekiranya  apit  membuat  campakan sebelum  Pengadil mengumumkan  mata, maka campakan semula  hendaklah  di lakukan  oleh apit  dan amaran  lisan  akan  diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.

10.3 Sebaik  sahaja  tekong  melakukan sepak  mula,  semua  pemain   bebas bergerak  di dalam gelanggang masing-masing.

10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada  menyentuh  jaring  atau  pun tidak,  melalui  antara dua  pita  sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.

10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi.

10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga - tiga  regu dalam pasukan hendaklah bermain.


11. PERKARA-PERKARA BATAL
11.1   Pihak Sepak Mula

11.1.1 Apit   yang   membuat   campakan,   memain  -  mainkan   bola ( menghempas, mencampak dan lain - lain  cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

11.1.2 Mana – mana  Apit mengangkat  kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring  semasa  membuat campakan untuk servis.

11.1.3 Tekong  (server)  melompat  semasa  melakukan  sepak  mula  atau  kaki memijak  garisan  bulatan  sepak  mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula. 

11.1.4 Tekong   (server)  tidak   menyepak  bola  yang dicampak kepadanya.


11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.

11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau  lain - lain bahagian  tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
11.1.9 Apit yang  membuat  campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.

11.2   Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.


11.3   Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan

11.3.2 Mana-mana bahagian  anggota  pemain  memasuki  kawasan gelanggang   lawan  sama   ada  di atas  atau di bawah jaring  kecuali  semasa ‘follow –through’.

11.3.3 Memainkan bola  melebihi tiga  kali berturutan.

11.3.4 Bola menyentuh tangan.

11.3.5 Memberhentikan   atau   mengepit   bola   di bawah tangan / lengan antara kedua - dua paha / kaki atau badan.

11.3.6 Sebarang  anggota atau  peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit  kepala dan lain-lain  menyentuh  jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
11.3.7 Bola  terkena siling, bumbung,  dinding  atau lain-lain benda.

11.3.8 Mana - mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.


12. SISTEM KIRAAN MATA
12.1 Apabila   perkara   batal   dilakukan  oleh  pihak sepak mula  atau  penerima  sepak  mula,   satu   mata  akan  diberi  kepada  pihak lawan.

12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan minimum dua (2) mata.

Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuh belas (17) ( yang mana dahulu ).

Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman ’lanjutan mata 17’

 12.3 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima.

Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.

12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar petak gelanggang  akan  dilakukan  apabila  satu regu mendapat mata 8. 


13. REHAT (TIME-OUT)

13.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.

Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan.

Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan.

Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik 

13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.

14. PERMAINAN TERGENDALA
14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.

14.2 Pemain  yang  tercedera  dibenarkan  berehat dan menerima   rawatan sehingga  5  minit.  Jika   selepas 5 minit, pemain  tidak   berupaya bermain, maka gantian  pemain   mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat kedua-dua pertukaran  pemain  seperti  di peraturan  No. 7,  maka  regu  lawan akan dikira sebagai pemenang.

14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.

14.4 Semasa  tempoh  permainan  diberhentikan,   semua   pemain tidak  dibenarkan keluar  dari gelanggang  untuk  minum  atau mendapat tunjuk ajar.


15. TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.

15.2 Hanya  Ketua  Regu   sahaja  dibenarkan   berjumpa  Pengadil  jika ada sebarang pertanyaan atau  inginkan  kepastian  mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.

15.3 Pengurus / Jurulatih  Rasmi dan Pegawai  dilarang membantah keputusan Pengadil   semasa  pertandingan  sedang  berjalan. Ini boleh  menjejaskan kelancaran  pertandingan. Tindakan disiplin boleh  di ambil terhadap pegawai berkenaan.


16.      HUKUMAN

16.1 KAD KUNING

Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-

16.1.1 Tidak menunjukkan   semangat  kesukanan  dan  melakukan perkara- perkara  yang bertentangan dengan etika sukan yang  boleh menjejaskan  keseluruhan pertandingan.

16.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat.   

16.1.3 Berulang kali melakukan melanggar  Undang - Undang  Permainan  dan Peraturan  pertandingan.

16.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.


16.1.5 Masuk  keluar  gelanggang  tanpa  kebenaran Pengadil. 

16.1.6 Dengan  sengaja  meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.


16.2   KAD MERAH


Kesalahan-kesalahan   yang  perlu  dihukum,  pemain  boleh  diberi ‘kad merah’ jika  melakukan  kesalahan berikut:-

16.2.1  Masih   berdegil  dan  berkelakuan  buruk  setelah  diberi  amaran  oleh  pengadil.

16.2.2  Berkelakuan   ganas  dengan   niat  untuk   mencederakan pihak  lawan.

16.2.3  Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.

16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.

16.3   Mana - mana  pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu  diterima oleh semua pihak:

16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman : 
Amaran Biasa

16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua  diterima oleh pemain di perlawanan yang lain
    tetapi didalam  kejohanan yang sama.

Hukuman :
Digantung satu perlawanan

16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima  setelah  digantung satu  perlawanan   di kejohanan yang sama.

Hukuman :                  
(i)  Digantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )



16.3.4     Kesalahan :   Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan   di kejohanan yang sama.

Hukuman :
Digantung serta-merta dari bermain perlawanan   seterusnya   sehingga  lembaga  disiplin  membuat keputusan.
         
         16.3.5     Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.

Hukuman : 
(i)   Digantung dua perlawanan.
(ii)  Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan   disiplin   ketiga    dalam 
      mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.


16.4   Mana - mana pemain  yang   diperintah   keluar   gelanggang  oleh  Pengadil   sama    ada 
Kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap   pihak    lawan,    rakan   sepasukan,   Pengadil, Pembantu Pengadil,  Pengadil  Garisan atau mana-mana  pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin   berikut akan di ambil:-

16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah   
                       
Hukuman :  
Di  gantung    serta - merta    daripada    bermain   dalam   mana  –  mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan. 



17. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN


17.1   Tindakan  perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk   atau  menimbulkan  kekacauan semasa kejohanan dijalankan  sama  ada  di dalam atau  di luar gelanggang.

17.2   Mana-mana  pegawai  yang berkelakuan  buruk dan   menganggu   kelancaran  pertandingan  akan  diiringi  keluar  oleh  Pegawai Pertandingan  dari  gelanggang  perlawanan. Pengadil  akan memberhentikan  pertandingan  serta - merta sehingga  Pegawai  Pertandingan   atau  Lembaga  Disiplin  Persatuan  Sepaktakraw  memberi  isyarat meneruskan pertandingan.






18. UMUM

18.1   Jika berlaku  pertelingkahan   terhadap  mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam   Undang-Undang  Permainan  ini,  keputusan  Pengadil  Rasmi  adalah muktamad.



PINDAAN DILULUSKAN

Pindaan Undang-undang Permainan  ini  telah  diluluskan  semasa  Kongres  ISTAF  pada  17 hb Januari 2011 di  Bangkok, Thailand.



Kejohanan Sepak Takraw MSS Johor 2013

Pada 12 hingga 14 Mei 2013 Kejohanan Sepak Takraw MSS Johor L18, L15 dan L12 telah diadakan di MSSD Ledang. Bagi Kategori L18 telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna PIBG Kampung Seri Makmor, Ledang. Aku telah ditugaskan menjadi pengadil rasmi L18, manakala pengadil yang bertugas ialah Ahmad Nazim Mashod (Batu Pahat), Mohd. Jailani Asrah @ Ismail (Batu Pahat), Kama Azhar Ab. Karim (Batu Pahat), Ikram (Johor Bahru), Sufian (Kluang) dan Yassin Abd. Hamid (Muar). Dalam Kejohanan ini MSSD Johor Bahru A telah menjadi johan mengalankan MSSD Segamat B, manakala MSSD Ledang B mendapat tempat ketiga setelah mengalahkan MSSD Pengerang A. Dalam perlawanan akhir Yassin Abd. Hamid (Muar) menjadi pengadil sementara Kama Azhar Ab. Karim (Batu Pahat) sebagai pembantu pengadil. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada barisan pengadil yang bertugas dengan penuh dedikasi walaupun serba kekurangan tenikal.

Selasa, 19 Mac 2013

Sejarah Hidup Aku

Aku dilahirkan di sebuah kampung yang terletak di Parit Sulong, iaitu kampung Parit Sentang Batu. Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Chantek, bersekolah menengah di SMK Dato' Sulaiman dan meneruskan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (dulunya Universiti Pertanian Malaysia) dalam bidang pendidikan. Kawan karib aku semasa di kampung ialah Husin Sarif (sekarang Dr. Husin Sarif, pensyarah di IPTO Batu Pahat).Kemana sahaja pergi pasti kami tetap berdua.  Apabila kami berumah tangga, jarang-jarang kami bertemu, maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya dan urusan keluarga.Aku masih ingat lagi guruku di SKSC iaitu Cikgu Musa Daia (kini Dr. Musa Daia, pensyarah di Fakulti Pendidikan,  Universiti Kebangsaan Malaysia) yang banyak menulis buku tentang pendidikan.
 

 Inilah sekolah tempat aku mengenal A,B,C,  mengira 1,2,3,
membaca dan menulis.




Inilah logo/lencana sekolah menengah aku
SMK Dato' Sulaiman, Parit Sulong

         Aku masih ingat guru-guru aku di SMDS antaranya ialah Cikgu Abd. Aziz Bin Tambi (guru Bahasa Inggeris), Cikgu Yaacob Bin Abd. Kadir (guru Sejarah), Cikgu Musa Abas (guru Matematik), dan Cikgu Ahmad Bin Sulaiman (guru Sains).




Logo Universiti Putra Malaysia
Dulu logo UPM (Universiti Pertanian Malaysia (Unipertama))
lain.

        Antara pensyarah UPM yang masih segar dalam ingatan aku ialah Prof. Dr. Amat Jauhari Moin (Prof. Jo), Prof. Dr. A. Hamid Mahmood (Oceh), Ibrahim Salleh, Arbak Othman, Halimah Hassan, Ahmad Mahmood Munsanif, A. Majid Konteng,Cikgu Kamaruddin Hussin (Cikgu K) dan banyak lagi tapi dah lupa lah maklum dah lama sangat. Oh pensyarah sambilan yang ingat antaranya Lim Swee Tin (sekarang Prof. Dr. Lim Swee Tin), Awang Sariyan (sekarang Dr. Awang Sariyan). 



       
       Sebelum aku ke UPM dulu pun ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UiTM (ITM) Segamat dalam bidang Pentadbiran Awam. Aku juga tolak tawaran itu kerana hanya program diploma aja. Aku fikir rugi, biar aku ambil program ijazah menggunakan sijil STP aku yang 4P tu. Alhamdulillah aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran program bacelor (hanya UPM yang menggunakan perkataan 'bacelor' dalam program ijazahnya)







          Aku dapat juga tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) tetapi terpaksa ditolak kerana pada masa itu aku dah kuliah kat UPM sebulan. Dulu mohon untuk belajar kat universiti menggunakan cara manual (mohon borang daripada UPU), borang biasa, hanya boleh buat tiga pilihan universiti. Dahulu pilihan pertama aku ialah UPM (Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu), pilihan kedua UPM juga (Bacelor Pendidikan Pendidikan Jasmani) dan pilihan ketiga baru UM (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu).Yang dapat pilihan pertama dan pilihan ketiga.








            Walaupun aku tidak sehebat Rehan Md. Din, Iskandar Arshad, Putra Ghani , Normanizam Ahmad, Azman A. Hamid, Ahmad Jais Bahrom dan banyak lagi dalam permainan sepak takraw tetapi aku telah menjadi ahli Persatuan Sepaktakraw Malaysia. Sumbangan aku dalam permainan ini bolelah aku banggakan (masuk bakul angkat sendiri, tak ada orang yang nak puji, kah kah kah). Aku terlibat secara langsung dalam kepengadilan. Sekarang ini aku merupakan pengadil sepak takraw Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) kelas satu. Alhamdullilah setakat hari ini aku dah menjelajah seluruh negara atas tiket pengadil. Inilah lambang/lencana pengadil yang aku pakai he he he.




















Berbincang dengan YAB Datuk Shahidan Kassim Menteri Besar Perlis 
pada tahun 2007 dalam suatu majlis rasmi.