Selasa, 19 Mac 2013

Sejarah Hidup Aku

Aku dilahirkan di sebuah kampung yang terletak di Parit Sulong, iaitu kampung Parit Sentang Batu. Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Chantek, bersekolah menengah di SMK Dato' Sulaiman dan meneruskan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (dulunya Universiti Pertanian Malaysia) dalam bidang pendidikan. Kawan karib aku semasa di kampung ialah Husin Sarif (sekarang Dr. Husin Sarif, pensyarah di IPTO Batu Pahat).Kemana sahaja pergi pasti kami tetap berdua.  Apabila kami berumah tangga, jarang-jarang kami bertemu, maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya dan urusan keluarga.Aku masih ingat lagi guruku di SKSC iaitu Cikgu Musa Daia (kini Dr. Musa Daia, pensyarah di Fakulti Pendidikan,  Universiti Kebangsaan Malaysia) yang banyak menulis buku tentang pendidikan.
 

 Inilah sekolah tempat aku mengenal A,B,C,  mengira 1,2,3,
membaca dan menulis.




Inilah logo/lencana sekolah menengah aku
SMK Dato' Sulaiman, Parit Sulong

         Aku masih ingat guru-guru aku di SMDS antaranya ialah Cikgu Abd. Aziz Bin Tambi (guru Bahasa Inggeris), Cikgu Yaacob Bin Abd. Kadir (guru Sejarah), Cikgu Musa Abas (guru Matematik), dan Cikgu Ahmad Bin Sulaiman (guru Sains).




Logo Universiti Putra Malaysia
Dulu logo UPM (Universiti Pertanian Malaysia (Unipertama))
lain.

        Antara pensyarah UPM yang masih segar dalam ingatan aku ialah Prof. Dr. Amat Jauhari Moin (Prof. Jo), Prof. Dr. A. Hamid Mahmood (Oceh), Ibrahim Salleh, Arbak Othman, Halimah Hassan, Ahmad Mahmood Munsanif, A. Majid Konteng,Cikgu Kamaruddin Hussin (Cikgu K) dan banyak lagi tapi dah lupa lah maklum dah lama sangat. Oh pensyarah sambilan yang ingat antaranya Lim Swee Tin (sekarang Prof. Dr. Lim Swee Tin), Awang Sariyan (sekarang Dr. Awang Sariyan). 



       
       Sebelum aku ke UPM dulu pun ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UiTM (ITM) Segamat dalam bidang Pentadbiran Awam. Aku juga tolak tawaran itu kerana hanya program diploma aja. Aku fikir rugi, biar aku ambil program ijazah menggunakan sijil STP aku yang 4P tu. Alhamdulillah aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran program bacelor (hanya UPM yang menggunakan perkataan 'bacelor' dalam program ijazahnya)







          Aku dapat juga tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) tetapi terpaksa ditolak kerana pada masa itu aku dah kuliah kat UPM sebulan. Dulu mohon untuk belajar kat universiti menggunakan cara manual (mohon borang daripada UPU), borang biasa, hanya boleh buat tiga pilihan universiti. Dahulu pilihan pertama aku ialah UPM (Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu), pilihan kedua UPM juga (Bacelor Pendidikan Pendidikan Jasmani) dan pilihan ketiga baru UM (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu).Yang dapat pilihan pertama dan pilihan ketiga.








            Walaupun aku tidak sehebat Rehan Md. Din, Iskandar Arshad, Putra Ghani , Normanizam Ahmad, Azman A. Hamid, Ahmad Jais Bahrom dan banyak lagi dalam permainan sepak takraw tetapi aku telah menjadi ahli Persatuan Sepaktakraw Malaysia. Sumbangan aku dalam permainan ini bolelah aku banggakan (masuk bakul angkat sendiri, tak ada orang yang nak puji, kah kah kah). Aku terlibat secara langsung dalam kepengadilan. Sekarang ini aku merupakan pengadil sepak takraw Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) kelas satu. Alhamdullilah setakat hari ini aku dah menjelajah seluruh negara atas tiket pengadil. Inilah lambang/lencana pengadil yang aku pakai he he he.




















Berbincang dengan YAB Datuk Shahidan Kassim Menteri Besar Perlis 
pada tahun 2007 dalam suatu majlis rasmi.







Isnin, 18 Mac 2013

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SPORTEXEL-MILO-MSN-MSSM 2013

Bermula 16 Mac hingga 17 Mac 2013 telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw Sportexel-Milo-MSN-MSSM. Penulis telah bertugas sebagai pengadil dalam kejohanan tersebut.