Pada 23 Februari 2014 Kursus Ulang Kaji Undang-Undang PSM telah diadakan di Hotel Adamson Kuala Lumpur. Pengadil PSM dari Johor diwakili Haji Halid Muhammed (Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Negeri Johor), Tuan Haji Halim Mat, Nasir Saridi, Shes Suiba Baba, Nordin Sidek dan Thianathan.
Ceramah atau taklimat undang-undang baru disampaikan oleh Cikgu Ahmad Rashidi Sharif. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Sepaktakraw Malaysia.
Selesai taklimat undang-undang, diadakan pula taklimat oleh Datuk Ahmad Ismail, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia dan Datuk Abd. Halim Kadir, Presiden ASTAF merangkap Setiausaha Agung ISTAF.
Tok Mat (Dato' Ahmad Ismail), Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia
(PSM) sedang menyampaikan taklimatnya di Dewan Mesyuarat
Hotel Adamson, Kuala Lumpur
Kelihatan Dato' a. Halim Kadir (S/U ISTAF) bersama dengan
Dato' Arshad Yahya (S/U PSM) dalam mesyuarat dan
taklimat tersebut
Kelihatan Penulis (Nasir Saridi) dan Saudara Shes Sueiba Baba. Kelihatan
juga Tuan Haji Halid Muhammad (Pengerusi Pengadil Johor) berkopiah putih