Sabtu, 23 Februari 2013

Kejohanan Sepak Takraw Yayasan-Yayasan SeMalaysia



Kejohanan Sepak Takraw Yayasan-Yayasan SeMalaysia telah diadakan pada 12 hingga 13 Februari 2013. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang dan dijalankan secara berpasukan. Penulis telah terlibat dalam kejohanan ini sebagai pengadil. Penulis ditugaskan sebagai pengadil peringkat pusingan dalam kumpulan antara PERAK vs SABAH, PERAK vs PAHANG dan PAHANG vs SABAH. Penulis juga ditugaskan menjadi pengadil perlawanan separuh akhir antara JOHOR vs PERAK bagi regu pertama. Dalam perlawanan regu pertama, penulis dibantu oleh pengadil Muar iaitu Shes Suieba Baba.

Khamis, 24 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Hari ini, 12 Rabiul Awal merupakan hari yang bersejarah kerana umat Islam seluruh dunia menyambut hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun ini hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W jatuh pada hari Khamis 24 Januari 2013. Di mana-mana tempat, masjid, surau mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Tidak ketinggalan, di surau Kampung Parit Senah (kumpulan wanita) telah mengadakan sambuta tersebut.
                    Pada pagi ini juga, SMK Yong Peng turut mengadakan majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah bermula pada pukul 7.45 pagi. Syarahan sempena sambutan Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhazan Bin Hussin, guru SK Batu Tiga, Jalan Mersing, Kluang, Johor, lulusan Universiti Al Azhar, Mesir..
                

Isnin, 21 Januari 2013

Bulan Maulidur Rasul

24 Januari 2013 merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam khususnya di Malaysia kerana pada tarikh ini bersamaan 12 Rabiulawal ialah hari memperingat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.